My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 29 April 2011

Masin betul mulut dia...

Bukan aku pegi cium mulut dia yek, jangan salah paham pulak. Ni pasal bos akulaa. Aku kata macam tu sebab orang dulu2 kan selalu cakap gitu bila apa yang dia cakap tu betul.

Lagi pulak klu bos aku tu pompuan adalaa jugak rasanya aku nak pegi cium mulut dia, ni lelakilaa wehhh, giler... Ceritanya ni masa aku tengah sediakan bahan2 eksperimen tadi. Masa tu aku tengah nak masukkan tiub kapilari dalam lubang rubber stopper, sepatutnya isilaa air/minyak ckit kat tiub kapilari tu barulaa senang nak masukkan.

Dah elok nak siap dah sebenonya tetiba dia datang. Takde apa pun dia saja datang sebab nak baca metro. Bila dia nengok aku macam susah nak masukkan benda tu dia pun cakaplaa kenapa tak isi air/minyak bagi senang ckit. Klu patah tiub kapilari tu bahaya tercucuk tangan.

Masa tu aku rasa aku tengah nak buat yang last skali. Aku cakap malaslaa lagipun dah nak siap ni. Tak sampai seminit kot lepas dia cakap gitu terus je 'pap' tiub kapilari tu patah dan tercucuk kat jari aku. Aduuuhhh!!!! 
                                          

Walaupun ckit je tapi dia punya sakit Tuhan saja yang tau.
Banyaklaa jugak darah kat tisu ni....
Walaupun dah pakai hendiplas ni tapi denyutan dia masih terasa. Bos aku cakap apa korang ingat lepas tu. Haaaa tulaa orang cakap tak nak dengar. Aku suka jelaa dah nak cakap apa lagi, memang salah aku kan.

Dalam hati aku kata masin betul mulut orang tua ni baru je cakap terus jadi. So moral dari kesah aku ni ialah lain kali dengar nasihat/pandangan dari orang yang lebih tua dan berpengalaman, jangan degil...hehe.

8 comments:

makdara TERdiva said...

memangla masin, sebab org lama dah makan garam byk2 :P hehe

miloais said...

padan muker!
ekekekeke...

tapi kan.. kalo kena kt jari tu
memang akan arsa perit le....

tu le.. lenkali dengor ye cakap orang2 yg lebih tua ni... depa lagi banyak pengalaman hidup nok!

AkuAnakMuda... said...

MDT - hehehehe....gamaknyelaa kan.

AkuAnakMuda... said...

miloais - ingatkan nak tlg beking rupe2nye padan muke,huhuhu....yelaa pasni akan didengar ckp org tua,ihiks...

a.samad jaafar said...

bos tu suka minum air garam tu..tu sebab mulutnye manis.. nak mulut manis jgn berenti makan gula2..hihihi

AkuAnakMuda... said...

a.samad jaafar - hahahahaha....klu gitu bkn mulut je manis,dgn kencing2 pun boleh manis bang.....ihiks.

burnkelana said...

tulah.. orang tua nie ckp ikut pengalaman.. jadi tak salah dengar nasihat depa..

AkuAnakMuda... said...

burnkelana - yelaa tu bro,huhuhu....