My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 14 April 2011

Mintak dijauhkan...

Sekarang ni kan klu kita baca surat khabar, macam2 berita yang pelik dan tak masuk akal kita nampak. Ada kes nak bunuh diri, anak pukul ayah/mak, suami cerai isteri pastu lenyek pulak dengan kereta, isteri tikam suami dan macam2 lagilaa. Klu nak sebut satu2 mau tak cukup sehari.

Dalam metro semalam lagi dasyat, suami pukul pastu kencing atas muka isteri. Ya Allah Ya Tuhanku... Apa nak jadilaa sekarang ni yek. Semua yang terjadi sebenonya disebabkan ada masalah. Tak kan laa elok2 hidup aman damai, bahagia tetiba nak buat perkara tu semua kan.

Betullaa kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bila hidup berkeluarga memang nak tak nak kita takleh lari dari masalah. Orang yang tak kawen lagi pun ada masalah ni kan pulak yang dah kawen kan.

Walaupun aku sendiri tak dapat lari dari masalah seperti orang2 yang ada masalah tapi aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi setiap masalah. Aku juga bersyukur dan berharap semoga aku tak termasuk dalam kategori yang aku sebut kat atas nun.Amin....


Buat aku sendiri dan korang sahabat2 aku, sama2laa kita berfikir dengan tenang sebelum melakukan sebarang perkara yang boleh membuatkan kita menyesal di kemudian hari. Orang kata menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada guna.

4 comments:

miloais said...

kena ada tolak ansur antara suami dan isteri
hal2 kecik ni.... jangan di panjang lebarkan...
jangan suker pendam dan simpan dalam hati
kalo ada yg tak betul - yang tak elok dimata

kena communicate antara satu sama lain
insyaallah...

tak gitu?

miss nina said...

benda yang remeh jangan diperbesarkan.
benda yang penting jangan diletak tepi.
konsep rumahku syurgaku kena ada, baru aman damai , insyaAllah

AkuAnakMuda... said...

miloais - memang betul sangat ape yg awk ckp tu...

AkuAnakMuda... said...

miss nina - rumahku syurgaku impian semua orang kan....