My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 15 April 2011

Tak padan dgn kecik...

Betullaa yek orang kata kecik2 cili api, walaupun kecik boleh tahan jugak nakalnya. Apa yang aku cerita kat sini adalah pasal satu kelas yang masuk lab aku ni. Tingkatan 1 baru ni...
Aku rasa dalam banyak2 kelas yang masuk, kelas nilaa yang agak boleh tahan ckit pe'el budak2nya. Kelas A ni. Klu sebelum ni aku penah jaga lab tingkatan 4, aku nengok klu kelas A ngan kelas yang belakang2 ckit tu memang ada beza pe'el dia.

Kelas A tingkatan 4 senyap je buat kerja/eksperimen klu nak banding ngan kelas yang belakang2 tapi kelas A tingkatan 1 ni lain banyak, bukan lain ckit.... 
Geng2 lelaki nilaa. Semuanya kecik2 je fizikalnya tapi mulut masing2 bercakap macam kat pasar borong. Kekadang tu bila cikgu tegur atau klu diaorg nengok aku pandang, senyaplaa sekejap pastu riuh semula. Cikgu pompuan pulak lembut sangat,ihiks...


Aku nak tengking kang nampak sangat melebih dari cikgu pulak. Lagipun sebelum2 ni aku penah tengking sebab tak dengar cakap pastu datang pulak rasa menyesal,huhuhu.... So tak naklaa buat lagi tambah pulak budak tingkatan 1 ni, kecik lagi...

6 comments:

MiLanGurLz said...

hehe!
budak ta matang lagik.
bese la uw~
=)

AkuAnakMuda... said...

Milan - milan dulu mase ting.1 gitu jugak ke?hehehe....

storyfromme said...

ingat zaman sekolah dulu-dulu,fad dengan geng memang suka buli orang.nakal gak la dulu.sekarang da baik da.

AkuAnakMuda... said...

storyfromme - oklaa tu klu dah insaf,samelaa mcm kwn ni.....hehe.

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

cikgu sains MDT paling cool! dan paling kerek! eh!

dia kerek kat budak2 lain jer..kat MDT siap balas2 surat lagi..haha!

AkuAnakMuda... said...

MDT - hehehe....hebat betul MDT ni yek.