My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 26 May 2011

Janganlaa ia jadi kenyataan...

Orang kata mimpi tu mainan tido kan. Aku harap betul2laa mainan tido sebab mimpi yang tak seronok, klu yang seronok tu jadi kenyataan pun takpe......kuikuikui.

Malam kelmarin dah sebenonya aku mimpi ni. Rasa2 akulaa tak berapa lama lepas aku tido tu aku macam terbangun semula pastu bila aku nengok kat bawah melalui tingkap aku nampak pintu pagar terbuka.

Apa lagi terus aku turun siasat kot2 ada orang masuk nak mencuri. Masa turun tulaa aku duk menjerit sekuat hati konon2nya nak bagi pencuri tu takut dan larilaa. Kelako pulak rasanya, nak bagi pencuri takut padahal awak yang takut,hahaha...

Masa aku menjerit tu aku dapat rasa yang suara aku ni kluar tak kluar je. Bangun esok tu terus tanya isteri aku, semalam ada tak dengar abang menjerit2. Dia cakap takde pun, 'legaaa'... aku kata dalam hatilaa,hehe.... Tapi tak taulaa memang takde ke atau isteri aku yang 'tido mati',kahkahkah...

2 comments:

Adam Roslan said...

Mimpi permainan tidur.

I follow :)

Garis Panduan Gambar dan Iklan dalam Akhbar dan Majalah di Malaysia

Ayen... said...

Adam Roslan - harap2 betullaa mainan tido bang,huhu....