Petang semalam isteri aku pegi umah member dia kat kampung belakang sebab katanya member dia nak buat bubur apa entah nak bagi kat mak mentua aku. Aku pulak tetiba je terasa nak pekena cendol ngan rojak.
Sound kat anak2, masing2 kata jom. Apa lagi suruh dieorg mandi pastu dah siap semua kiteorg pun pegilaa ke Mustafa Cendol. Walaupun pegi bertiga tapi aku order dua je sebab tau dah tak kan abih punyalaa.
Kakak nak rojak mee dengan abc aiskrim...
Adik pun sama macam kakak, rojak mee ngan abc aiskrim. Tapi yang aku tak boleh blah ngan adik ni, dia buat muka mengada bila bergambo....hahaha. Sebelum terlupa terus order sebungkus cendol yang mak mentua aku pesan.
Sebenonya bukan tak nak order untuk orang2 kat umah tapi dah kiteorg pegi tu petang, hari ahad pulak tu maka yang aku order tu memang dah yang baki2 je. Alhamdulillah ada jugak rezeki aku ngan anak2.
Ramai lagi yang sampai lepas aku nak bungkus, nak makan kat situ pun semuanya hampa. Aku dengar pekerja dia cakap klu hari jumaat sabtu ahad memang cepat habis sebab orang cuti kan.
Punya lama kiteorg lepak kat situ sampaikan orang yang baru sampai pun dah balik, kiteorg masih kat situ lagi,hehe... Tapi yang buat aku betul2 terkedu ngan kakak ialah masa orang duk tengah ramai datang nak makan tu, adalah satu keluarga duk kat meja sebelah aku.
Tiba2 kakak boleh cakap kat aku, abah kakak rasa macam kakak ni anak yatim pulak. Aku tanyalaa kenapa? Dia cakap orang lain semua datang ngan abah dan ibu tapi kita ni ibu tak ikut pun... Aku buat2 suka je depan dia tapi dalam hati aku hanya tuhan yang tau. Pastu aku cakap semula kat kakak, kan ibu ada hal kat umah kawan dia,huhuhu...
Nasib baik order 2 je sebab aku tau dah tak kan abih. Walaupun aku sendiri makan untuk cuba habiskannya tapi tak abih jugak. Selebihnya melayan dieorg bergambo jelaa...
Tengok adik tu klu bergambo, tak penah nak elok muka. Macam2 gaya dia buat,hehe...
Kakak biasa je bila bergambo cuma 'peace' memang takleh tinggal, mesti kena buat...
Hahahaha.... Klu tengah mood elok seronoklaa masing2 bergambo.
Sebab nak buat muka gitu sangat, nahhh ambik aku buat tanduk kat atas kepala tu....kuikuikui.
6 comments:
oloh suweet nye AG ngan anak2. hik3x! neway. mustafa cendol memang beh!!! =)
ni point utamanya nak cite pasal makan ABC ker pasal terkedu dgn kakak nih hehe...budak2 zaman skrg ni mmg advance skit ada jer benda nak tanya or cakap
Milan - AG ke anak2 yg suweetnye milan,hehe...mustafa cendol x behlaa,cendol mustafa tu yg behnye.....hahaha.
Lina - a'ahlaa kan,huhu...ntahlaa tengah pening ni,dua2 kot....ihiks.
hehe so cute diorangt tu.. macam2 yerk si adik tu dengan gayanya.. :)...
Cik Feesya - adik tu memang loya buruk ckit,hehe...
Post a Comment