Pagi tadi pegi ke Tadika Little Iman Kids. Skolah puteri kedua aku (berbaju kurung gelap) untuk sesi bertemu cikgu dan berbincang serta menyoal selidik prestasi setengah tahun.
Ikutkan dalam jadual turn aku jumpa cikgu pukul 10.15am tapi biasalaa klu cakap kan terasa hati pulak,huhu... Dekat2 pukul 11 jugaklaa baru dapat jumpa. Sementara tu bergambolaa dulu.
Klu kaum bapa rasanya sekejap je tapi bila dah yang datang menemuramah cikgu tu kaum ibu maka paham2 jelaa kan. Mana cukup 15 minit je nak menanye soklan.Kena pulak cikgu2nya pompuan jugak, ermmm... lagilaa pot pet pot pet. Oleh kerana isteri aku tak ikut sebab kebetulan dia ada kenduri apa entah kat pekan ngan member dia maka bapak mithali nilaa yang bawak anak2.
Bila tiba time aku, maklumlaa pemalu katakan,kuang3x... Tanya pun tak banyak mana so cikgulaa yang banyak bercerita pasal prestasi anak aku gitu dan gini.
Dan aku bersyukur sangat2 sebab cikgu kata prestasi anak aku ni cukup memberangsangkan. Dia jugak antara pelajar yang paling cepat siap buat kerja. Membaca pun ok dan memang tak banyak buat masalah dalam kelas.
Alhamdulillah... Aku berharap sangat2 semoga anak aku ni akan terus meningkat dengan cemerlang demi mencapai cita2nya yang ingin menjadi seorang doktor,Amin....
8 comments:
amin...wah harapan ayah nak anak jadik doktor ya? Hopefully apa yang di hajati tercapai.. :) banyak2kan berdoa
Cik Feesya - hahahaha....anak sendiri yg bercita2 nak jd doktor tu,abahnye x kisah janji jgn lupe tanggungjawab sebagai hamba Allah dmuka bumi ni sudah,ihiks....
bapa mithali la sangaaaattttt.. baru pestaim p tanpa ibunye trus nak up diri bwekkkkkk
EQ - ye ke baru pertama kali.....huhu.
mudah2an anak2 en ayen akan berjaya mencapai cita2 mereka, insyaAllah
amiinnn...
smg anak2 abg ayen terus cemerlang gemilang terbilang mnjd insan yg berguna :)
Lina - Insyaallah,begitulaa harap2nya kan pn lina.....ihiks.
Lorna - Amin...time kasihlaa yek lorna atas doa tu.
Post a Comment