My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday 17 October 2011

Air terbaik di dunia...

Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga serta merta. Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan bahawa air zamzam adalah air terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Di samping itu air zamzam adalah semulajadi, bersih dan tulen serta bebas dari semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain. Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, tidak seperti air lain air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.

Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100% tulen dan tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain, katanya...

:> Memang x boleh nak sangkal laa kan sebab cuba kaji balik dari mana asalnya air zamzam ni, betul x?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

syariza09 said...

aar la...baru terpikir perbezaan dua air ni..satu ada date due & satu lg x der.

pena rozie said...

Memang the best la air zamzam...

Ayen... said...

syariza09 - saya pun baru perasan,hehe...

Ayen... said...

pena rozie - segala kejadianNya memang xkan ada tandingan kan.begitu jgk dgn air zamzam ni....