My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday 7 October 2011

Sampai masa pasti pergi jua...

Pengasas Apple Computer, Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun semalam akibat kanser pankreas. Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah melahirkan iPad dan iPhone.

Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya. Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing2.

Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak. Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia ketika ini. Lebih menyedihkan Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S...

* Kesimpulannya... Hebat mana skalipun kita di dunia ni sampai masa akan pergi jua. Setuju???... Apa2 pun takziah dari Ayen buat Steve Jobs...

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: