My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Wednesday 12 October 2011

Aku doakan kau takkan selamat...

Tadi adalaa member pejabat isteri aku datang ngan member dia. Aku asalnya tak tau tujuan kedatangan dieorg tu. Rupa2nya pasal nak ubatkan mak mentua aku.

Itu bukan topik yang aku nak cite ni. Yang aku nak cite ni ialah pasal basikal dicuri orang. Basikal tu kepunyaan isteri aku tapi oleh kerana dia dah lama tak kayuh makanya puteri sulung akulaa yang duk kayuh tiap2 petang.

Dalam keriuhan kiteorg duk bersembang tu sempat lagi dia masuk dalam pagar, ambik basikal tu. Basikal tu aku letak depan keta sebelah motor aku. Bukannya aku letak dekat2 ngan pintu pagar ke tapi berani betul dia masuk ambik, memang celaka betullaa pencuri tu.

Yang aku sedar ilang tu lepas member isteri aku balik, aku tutup pagar pastu aku cari papan yang aku selalu letak atas motor. Seingat aku papan tu aku sandar pada basikal. Cari punya cari papan tu jatuh atas lantai tanpa adanya basikal. Pusing keliling cari basikal tak jumpa, sahlaa kena curi. Takpelaa takde rezekilaa namanya tu kan tapi yang pasti aku doakan sape yang curi tu takkan selamatlaa idupnya.....Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

BENA said...

Tak baek doakan orang tak selamat . hehehe ;) ustazah kite la yang cakap.



tapi kalo kite pon bantai suh kene langgar kete terus ! hhahaha ;)



lex2 . nanti de rezki beli yang laen ehhhh ;)

Ayen... said...

BENA - kahkahkah...lagi teruk,kuang asam betul.