My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Sunday, 23 October 2011

Makan gelojoh berisiko diabetes...

Penemuan ini boleh menjadi ingatan buat mereka yang gemar makan secara gelojoh. Satu kajian di India baru2 ini mendapati seseorang yang makan dengan cepat berisiko untuk menghidap diabetes pada usia tua.

Ini kerana makanan yang kurang dikunyah tetapi ditelan dengan cepat akan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Akibatnya tubuh mudah mengalami gangguan glukosa yang dikenali sebagai pradiabetes.

Pengkaji, Dr. Pradeep Ratnaparkhi menjelaskan bahawa keadaan pradiabetes yang tidak dikawal akan menjadi punca penyakit diabetes jenis dua. Dalam tempoh 10 tahun mereka berisiko untuk mendapat diabetes jenis dua iaitu dengan kebarangkalian sebanyak 50 peratus, kata Pradeep.

Tambah Pradeep, tabiat makan laju juga akan meningkatkan kandungan kalori yang diambil. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan berat badan. Satu kajian di Jepun pula menunjukkan bahawa tabiat makan seperti itu akan meningkatkan risiko sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, obesiti dan peningkatan tahap kolestrol.

Dalam pada itu banyak manfaat lain yang diperoleh sekiranya kita memperlahankan tempoh makan termasuk mencegah pertambahan berat badan. Tahukah anda bahawa bahagian penting pencernaan berlaku didalam mulut?

Proses pencernaan sebenarnya terjadi dibahagian itu kerana enzim pencernaan terdapat didalam air liur. Justeru makanan yang dikunyah sehingga hancur memudahkan lagi proses pencernaan oleh enzim yang seterusnya menyalurkan makanan tersebut ke usus untuk proses berikutnya.

:> Patutlaa berat aku tak naik2, sebab makan lambat rupanya....hehehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

pena rozie said...

Ingat tu jgn mkn gelojoh....

Ayen... said...

pena rozie - org katalaa yek kak PR,ayen ni makan terlalu slow.....huhu.

BENA said...

OKEH. patut la bena gemok. makan gelejoh upenye. lepas nih makan slow2. hihihi ;)

Ayen... said...

BENA - hahahaha....baguslaa tu klu sedar,ihiks...

ikatankasihku said...

biar lambat asal selamat :)

Ayen... said...

ikatankasihku - betullaa tu tp masalahnya takut terlalu lambat,puas plk org duk menunggu....kihkihkih.