My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 14 October 2011

Jangan ajor diri buat gitu...

Dua perkara yang buat aku sakit hati sekarang ni. Dua perkara tu jugak datangnya dari dua orang, sorang lelaki sorang pompuan. Dua2nya menipu. Yang lelaki tu ada ambik topup ngan aku rm30 klu tak silap aku akhir bulan lepas. Janji nak bayar 7hb tapi sekarang dah 14hb. Sebabnya sekarang ni dia dah kena tukar sebab masalah disiplin. Biasanya sebelum ni klu dia janji, betul dia akan bayar.

Baru2 ni aku mesej tanya bila nak bayar sebab dah lebih dari tarikh janji nak bayar, dia jawab ok. Semalam aku call dia tak jawab, call skali lagi terus mailbox. Dia taulaa tu nombor aku mesti nak mintak hutang punya,huhu... Klu rm10 aku halalkan, ni rm30 beb... Aku dah bgtau kat incharge dia semalam dak dia janji akan potong lebihan gaji dia yang sebelum ni.

Kes yang pompuan pulak ialah pasal video aku kat dia. Bukan video lucah aku ek. Agak2laa korang pun,hahaha... Aku nak cite kang panjang sangat so aku pendekkan. Video anak2 aku dalam C7, aku nak pindahkan ke galaxy tab aku ni so klu nak blutuh lambat makanya aku mintak tolong dia sebab kebetulan dia ada depan laptop masa tu. Lepas tu aku suruh dia masukkan dalam pendrive aku tapi tak muat so yang lebih tu letak dalam laptop dia dulu, esok ambik semula memandangkan dah nak balik keje masa tu.

Start dari aritu aku rasa ada dah 2 minggu lepas sehari, sehari lepas sehari, sehari. Macam2 alasan. Bila aku tanya, ok2 nanti dotdotdot(bukan nama sebenor) call abg ayen yek. Aku takleh bagi nama sebenor sebab blog aku ni rupa2nya ramai gak silent readers dari skolah aku ni. Yang aku tau tu sebab salah sorangnya ialah cikgu yang dah bertukar penah cakap yang dia selalu baca blog aku ni.

Takpelaa aku nak tengok sampai bila dia nak main janji2 ngan aku gini. Ingat... Jangan ajor diri kita ni menipu sebab bila dah jadi hebit nanti susah. Awk tu muda lagi. Klu dah jadi kebiasaan nanti mulalaa bila tak menipu orang je rasa tak senang hidup.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Papa Mifz said...

hmm..org mcm nih mmg perangai dh xleh diubah...

Ayen... said...

Papa Mifz - kena kat diri sendiri baru nak sedar kot dieorg ni kan....

miloais said...

alahai....
payah ak dengan orang yg suka buat hal ni...

pe kata hang pi jumpa aje lah depa berdua ni...
cakap depan2 kasik selesai terus!

Ayen... said...

miloais - yg sorang dah kena tukar,xtau ilang mana dah dan yg sorang lg tu mmg selalu ckp depan2 pun tp tulaa janji tghari senyap, janji ptg senyap....huhu.

anieMD said...

cakap kat diorg...manusia dipegang pada janji bukan pada talinya...kalau pgg pd tali apa la kot agaknya...haaa...

Ayen... said...

anieMD - klu pegang pd tali,buatnya terlepas pegang atau tali putus,jatuhlaa kan......hehe

anieMD said...

salah la en.ayen.bukan mcm tu...
isikan ruang kosong..:)
manusia dipegang pada janji,
dipegang pada talinya.